Langkau ke kandungan utama

#24zulkaedah

Assalamualaikum W.B.T

Wah, sudah lama ndak menaip di laptop. Memandangkan note 8.0 perlu masuk hospital dulu, bagi peluang untuknya berehat. First week of this semester, I did not get enough input to share with you guys. Soon la ya. InsyaALLAH.

Something to share berkaitan diri saya, haha memang semuanya pasal diri sendiri kan...? Di dalam kelas beberapa hari yang lalu, seorang kawan menceritakan kisahnya yang rasa offended when her friends 'gelar' ibunya as 'pendatang'. Saya faham sebab mak juga warga dari seberang, an Indonesian. Kita tak dapat nak halang orang hendak cakap apa even our mothers come to Malaysia legally. Peduli dengan apa yang mereka hendak cakap, kita yang tahu penat lelah mak kita patuhi prosedur macam mana. Malah selepas pemergian arwah bapa saya merupakan penjamin kepada mak, saya kena buat permohonan, buat profil keluarga dan lain-lain hal yang berkaitan. People just know how to condemn others. Kita yang berusaha, mereka cuma duduk tanpa usul periksa or maybe they know that we used legal way and still condemn us. They have that time for us!

Well, saya sedar apa yang sebenarnya bermain difikiran mereka. Saya juga tidak salahkan mereka 100%. Ia merupakan sesuatu isu yang sensitif dan boleh dikatakan agak rumit untuk diperbincangkan. (penuh persoalan penyataan ini)

Sometimes, ada sesetengah pihak yang offended dengan 'panggilan' atau 'perkataan' tertentu. Indon. Mak tidak terasa dengan perkataan itu. Dia faham kalau sebut penuh panjang sangat. But, kena tengok orang juga, Saya pernah kenal seorang student yang tidak selesa bila orang cuma sebut separuh seperti yang saya bold kan di atas. Dia rasa perkataan tu merujuk kepada 'buruh' atau kelas bawahan lain such as yang datang dari Papua, Sulawesi & etc. Well, itu persepsi dia. Mak saya orang Sulawesi Selatan dan kami memangnya bukan datang dari kelas atasan. Majoriti keluarga dan orang kampung mak saya datang ke mari untuk bekerja sebagai buruh. So, what's problem with that? Mereka cari rezeki halal!

Hidup era moden ni, orang cuma pandang taraf hidup. Semua berkaitan dunia. Saya membesar dalam komuniti kelas bawahan yang struggle nak survive. Saya tengok kesusahan hidup yang harus ditempuhi. Ada banyak perkara yang kita harus ambil ikhtibar daripada golongan 'buruh' yang datang dari seberang. Kadang-kadang ada yang pandang serong terhadap mereka. Tapi percayalah bukan semuanya yang 'bad'. Ada yang berbudi, especially 'orang bugis' yang saya tahu terkenal nilai sopan santunnya. (I need more explanation here, next time ya). Adik-adik yang bekerja di kebun sawit kampung saya (dua beradik-umur mereka dalam lingkungan 19-22) sangat berbudi pekerti. Saya sangat 'respect' dengan kebolehan mereka menjaga diri di perantauan. My late father used to be their guru mengaji. Kalau bukan mereka berdua, mana-mana ada orang meninggal mereka la yang akan datang tiap-tiap malam untuk khatam al-Qur'an. (Hari siang mereka sibuk bekerja di kebun sawit).
Tiap bulan mereka akan kirim wang untuk kegunaan mak mereka di kampung. Even gaji tidak sebesar pegawai, mereka mampu kumpul beribu-ribu sebab mereka tidak membazir. Tiada pakaian berjenama, hp mahal... as long as rezeki yang mereka cari cukup untuk belanja keluarga. Inilah yang harus kita contohi. Sebab itu ramai saja 'buruh' di ladang-ladang company dapat pergi tunaikan haji sebab mereka reti simpan duit. Berbelanja sekadar yang perlu. Ya, seperti yang selalu orang tua-tua beritakan, mereka masa muda-muda dulu kerja memang niat simpan duit untuk pergi haji. Kerja 5 tahun kemudian, suami isteri pergi haji. Kalau zaman sekarang, anak mudanya aim kumpul duit untuk bina rumah untuk parents dorang di kampung. Setahun dua kemudian, siaplah rumahnya. Nampak tak bezanya 'aim' dorang cari duit dengan kita?

Mereka bahagia dengan life mereka. Bukan tiada cita-cita tapi itulah hidup yang harus mereka tempuhi. Mereka mencari nafkah menggantikan parents mereka dan saya yakin sekali kalau nanti kelak anak-anak mereka akan mendapat hidup yang selesa sikit dan pendidikan menjadi keutamaan. Another thing, mereka kerja buruh kasar tapi alhamdulillah tidak pernah tinggal puasa Ramadhan dan solat terawih. Apa yang cuba saya sampaikan di sini, it's not about taraf hidup, it's about your responsibility to Him. Mereka tidak pernah mempersoalkan 'why' , kenapa harus hidup mereka tidak semewah orang lain kerana bahagia mereka adalah apabila dapat berbakti kepada kedua orang tua mereka. Bersyukur.

(... penat sudah menaip. ndak tau sudah mau sambung apa)

InsyaAllah besok mak akan  menuju ke Sulawesi Selatan menemui datuk. Kali terakhir kami jejakkan kaki ke tanah seberang tahun 2009. Almost 6 years? ya, ntah macam mana la tu kondisi di sana. Apa boleh buat kali ini saya tiada rezeki mahu join sekali.  Semoga mak sentiasa dalam perlindunganNya. Kasihan mak, saya tiada temankan dia. Arwah bapa belum pun setahun pergi... suasana sayu dan pedih saat dia tiba di halaman rumah datuk nanti, hanya Allah saja tahu . Mak tu tabah, InsyaAllah dia mampu.

Melewati hari ke-6 bersama Kaktus ini. Tiap pagi selalu dihadiahi bunga, Mahu 'belai kuntum mawar tapi mini Kaktus ini saja yang ngam sama jiwa & diri. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

Petunia berbunga

Assalamu'alaikum dan selamat pagi Hari ini, bunga petunia dari pokok pertama sudah kembang. Aku cuba belek buku catatanku yang sempat aku coret-coret dua minggu pertama aku berkebun. Antara nota aku tulis adalah, petunia suka matahari, paling senang mahu tumbuh, paling cepat 3 hari. Elakkan tanah becak. Petunia ada banyak jenis, tapi yang aku tanam ni baka 'Multiflora Natural Dwarf Multis Mix'. Secara ringkasnya dia jenis renek dan paket ini biji benihnya campur-campur jadi bunganya nanti akan diketahui warnanya apabila sudah kembang. Mulanya aku teruja menanam petunia sebab bunganya yang meriah. Tetapi makin lama aku makin tawar sebab sewaktu ia kecil dulu ia sungguh ketot. Aku balik-balik mengira bilalah ia mahu membesar. Sampaikan aku beralih kasih ke aster. Ya, balik-balik aster aku update sebab aster rajin berdaun dan besar-besar pula saiznya. Seminggu lalu, aku belum perasan lagi pokok petunia ni berbatang. Aku perasan apabila sudah ada 3 kuntum bunga mahu terbent