Langkau ke kandungan utama

#seminar_islamic_advertising_2


Assalamualaikum w.b.t.

Kita sambung sedikit mengenai advertising. Ini merupakan iklan beberapa tahun yang lalu. Sahaja mahu kasi tunjuk juga.
Iklan ni dilayarkan pada waktu siang.
Ini pula iklan pada waktu malam. 
Kreatif kan mereka ni buat iklan? That's the problem. Kekreatifan mereka ni memang tidak dinafikan lagi.Pada waktu siang, kosong je... apabila waktu malam menjelma dengan sokongan lampu, maka penuhlah hidangan yang sememangnya menyelerakan. Mereka tiada yang dinamakan Islamic advertising.

Seperti yang aku mention di post semalam, azan merupakan advertisement pertama dalam Islam. Aku anggap azan merupakan contoh terbaik sebagai rujukan dalam bidang advertisement. Mesejnya mengajak Muslim ke arah kejayaan (mengerjakan solat), lima kali sehari, di masjid, oleh bilal. Lengkap. So, if we want to talk about Islamic advertising, the message itself mesti berlandaskan Syariah. Iklan di atas ni jelas sudah lari maksudnya. (I'm talking about the caption of "Siang dipendam malam balas dendam).

Motivasi terbaik bagi pihak yang terlibat dalam bidang advertisement ni mudah, anggap ia sebagai part of Ibadah. But, mesej perdana advertisement itu sendiri sudah lari apabila yang diutamakan tiada lain melainkan keuntungan. Aku kira jika mereka fikir ia sebagai part of ibadah, nescaya di mana sahaja kita pasti ketemu iklan-iklan yang mengajak ke arah kebaikan. Di sini muncul persoalan baru, apakah perkara yang sepatutnya diiklan cuma yang perlu (wajib) sahaja? contohnya berkaitan fardhu ain seperti solat, puasa, haji, dan zakat? Bagi aku, tidak salah untuk iklan perkara-perkara dunia seperti makanan dan banyak lagi.

Ada orang berbunyi negatif, kalau kita sebut Islamic advertising, maka iklan seperti coklat adalah sesuatu yang sia-sia, menggalakkan pembaziran, membahayakan kesihatan...dan banyak lagi. Sekali lagi, bagi aku tidak. Sekiranya iklan itu serupa seperti yang merata di layar kaca tv sekarang mungkin ia, sebab aim utamanya adalah menggalakkan pembelian. Tetapi kalau kita ikut garis panduan syariah, ia tidak salah. Bagaimana? Hasilkanlah produk yang benar-benar berkualiti dan sihat. Aku percaya kalau makanan seperti coklat ni ada khasiatnya, tetapi sejauh mana kebenarannya kini di pasaran (coklat yang bisa mengemukkan melulu di pasaran) aku tidak pasti. Aku suka ambik contoh produk dari Korea. Aku sekadar pernah lihat satu program di kaca tv, di mana sup ayam dipasarkan ke luar Korea. Berat, proses dan kandungan ayam itu sendiri dititikberatkan. Kalau sesuatu makanan tu berkhasiat, do you think tiada orang hendak beli? Sedangkan makanan yang jelas tidak sihat ada sahaja yang beli, kannn?

Aku hendak bersuara masalah yang masyarakat kita hadapi hari ini. Mereka tidak peka yang dinamakan sebagai "bekerja adalah sebahagian daripada Ibadah". Analoginya, seorang makcik ni meniaga nasi kerabu. Dia suami isteri anak-beranak consume herbalife. Tetapi jualannya tidak reflek pada kesedarannya tentang kesihatan. Ayam yang dijual berminyak, tidak dibersihkan dengan sebaiknya, kulit ayam berlemak...minyak digunakan berulang kali. Persoalannya, apakah dia akan membiarkan keluarganya untuk makan makanan seumpama ini  Aku rasa tidak, kalau ya, apa maknanya dia consume herbalife kalau pemakanan pun tidak dijaga? do you get what is I'm trying to say?

Tolonglah, be sincere.

Apa jua pekerjaan yang kita usahakan, make sure ia sesuatu yang bermanfaat untuk ummat. Seperti yang aku cakap tadi, advertising ni luas. Bukan bermaksud ia Islamic advertising maka perlu berkaitan wajib sahaja, kita juga perlukan advertising yang berkaitan hal dunia seperti mesin basuh, sabun, makanan,minuman apa-apalah. Just make sure ia BERGUNA dan halalan toyyiban. We are free to explore any new things and choose the better way of doing things.

Kalau kita sentuh perihal Islamic advertising, seolah-olah ia kedengaran jauh tetapi percayalah suatu masa nanti ia akan menjadi sesuatu yang biasa bukan sahaja dalam kalangan komuniti Islam, tetapi internasional. We already have done many things but we need to do more.


p/s: ulang-ulang dengar lagu Raef-You are the one. (teruja masuk kelas Isnin/rabu untuk kelas pagi/petang. Don't get me wrong. Mungkin jadual selasa/khamis terlalu rumit)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share

Lirik Lagu:::Permata yang dicari

Assalamualaikum w.b.t.  Salam Maal Hijrah.Azam baru? Rasanya terdapat dalam kalangan anda,mungkin berkongsi azam dengan saya. Permata yang dicari ,saya tersenyum sendiri mendengar lagu ini.Baitnya penuh dengan makna.Rasanya tak perlu dihuraikan,sesiapa sahaja yang mendengarnya pasti dapat 'menangkap' maksud yang disampaikan.Bukan sahaja melodi yang sesuai,malah lagu ini juga mempunyai pakej tersendiri,iaitu bait-bait 'doa' . Hadirnya tanpa kusedari Menggamit kasih cinta bersemi Hadir cinta insan padaku ini Anugerah kurniaan Ilahi Lembut tutur bicaranya Menarik hatiku untuk mendekatinya Kesopanannya memikat di hati Mendamaikan jiwaku yang resah ini Ya Allah Jika dia benar untukku Dekatkanlah hatinya dengan hatiku Jika dia bukan milikku Damaikanlah hatiku Dengan ketentuan-Mu Dialah permata yang dicari Selama ini baru kutemui Tapi ku tak pasti rencana Ilahi Apakah dia kan kumiliki Tidak sekali dinodai nafsu Akan kubatasi dengan syariat-Mu Jika dirin...

Book: Psychology from an Islamic Perspective A Guide to Teaching and Learning

Assalamualaikum dan selamat malam. Ini merupakan percubaan kelima untuk menulis pasca-membaca buku. Sejujurnya aku menghabiskan pembacaanku ini hampir memakan masa selama setahun.  Teman sebelah rumah yang kebetulan biliknya bersebelahan dengan ruang tidurku, menjadi saksi kegilaanku yang adakalanya di tengah lewat malam melontarkan butir perenggan demi perenggan. Aku berusaha, kawan! Aku menghargai tiap helaian yang ada di rak buku itu.  Oleh kerana aku tidak lagi berada di barisan akademik, pastilah aku tidak akan mengulas secara terperinci isi kandungannya. Buku ini diterbitkan oleh IIUM Press, editornya pula Noraini M. Noor.  Terdapat dua bahagian, Part One & Part Two. Suka untuk aku kongsikan, salah satu artikel yang terdapat dalam koleksi ini iaitu, The Islamization of Psychology oleh Malik Badri.  Di bawah subtopik, The "who" of the Islamisation of Western Psychology . Penulis ada menyatakan tentang ciri-ciri yang perlu bagi Pengislamisasi Psikologi. 1. ...