Isnin, 8 September 2014

#semester baru

Assalamualaikum w.b.t
Sudah memasuki tahun ke-4 di uia. Dan bergelar pelajar kuliah memasuki tahun ke-3. Di luar sana, kawan-kawan sekolah ramai yang sudah menghabiskan pengajian ijazah. Aku baru separuh jalan. Aku graduan ijazah mereka master.
Mengeluh?
Tidak. Ada hikmahnya. Alhamdulillah 'ala kulli hal.
Sedikit detik lagi memasuki kelas yang pertama buat semester ini, communication theory diikuti dengan kelas muslim press pada pukul 2 nanti.
Apabila dihumban balik semester-semester lepas,  melainkan kesibukan add drop di minggu pertama, semua serupa. Perasaan memasuki kelas tetap nervous, macam selalu. Aku kira biarpun diulang berapa banyak kali semester baru, aku tetap berperasaan sebegini. Malah, mungkin lebih maha hebat hambatanya.
Ceh.
Kata-kata ke  laut kau Laila. Ambik kunci bilik pun belum. Ok la, bye!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan