Langkau ke kandungan utama

#umbanbalik memori semester lepas

Assalamualaikum w.b.t

Baru berkesempatan 'cuci' fail autoback foto setelah sekian lama membiarkan ruangan itu dipenuhi dengan segala macam memori. Semester lepas merupakan semester yang paling 'tough'. Segala macam susah meskipun kecil yang amat aku tidak kuat. Apapun, alhamdulillah. Aku masih mampu untuk sampai ke tahap ini. InshaAllah, tiada apalah.

Di sini ingin saya kongsikan beberapa foto sekaligus memendekkan cerita dan meng'highlight'kan peristiwa semester lepas.

Figura pertama yang ku ambil selepas memiliki Nikon D3200. Auto pastinya.
Semester lepas aku ambil kemahiran fotografi bagi memenuhi kokurikulum yang berbaki dua. InshaAllah semester ini bakal mengikuti kelas kemahiran fotografi II. Dalam kelas fotografi kami guna tetapan manual, tapi aku banyak tangkap foto guna auto. Lagipun foto yang ku tangkap tu sebagai simpanan kenang-kenangan,konon la.

Another foto yang berjaya ku tangkap guna auto pastinya. Foto ni aku ambik semasa dalam perjalanan pulang ke Mahallah selepas kelas fotografi.
Berhenti sekejap bercerita pasal kelas fotografi, Semester lepas merupakan semester terakhir bagi ku mengikuti kelas arabic. Kami semuanya akhwat. Dan suka aku khabarkan ustadz Taha seorang pensyarah yang sangat berdedikasi dan amanah. Aku dan beberapa rakan lain malah bercita-cita untuk mengikuti kelas silat seni bakti selepas diperkenalkan oleh ustadz. Tapi kerja perintis ini sangat payah dan aku pun kurang arif kalau aku bisa menggerakkan kelab silat baru.

Sekian lama ambil kelas Arab inilah kali pertama aku sekelas dengan Noreen. Kebetulan hari kami bergambar ni, kami berjambuan
Kurang 2 orang kalau aku ndak silap. Sepatutnya bergambar dengan ustadz sekali tapi mana mungkin itu terjadi kan..
Kelas kami ada dua tempat, satu di hs building, satu lagi di aikol(law) building. Ini tepi Aikol. haha kalau ingat balik masa ni aku pun macam ndak percaya aku bole berfoto di tengah orang lalu lalang. the one yang take this pict seorang brother yang aku tidak kenali, tapi Huda kenal. Second time sekelas dengan Naemah dan Huda. 
Baiklah sekarang kita cerita sikit pasal kelas fotografi lagi. Selepas beberapa minggu kelas fotografi berjalan, kami pindah lokasi ke ict building. Ini betul-betul menyiksa sebab ict building antara yang paling jauh tempatnya. Kalau musim hujan, aku paling tidak ngam sekali kena pula mahallah ku di hujung atas bukit. 15 minit la kalau berjalan laju. Kelas di ict ni untuk aktiviti indoor kami. Contohnya macam foto di bawah ni.

Dalam banyak-banyak foto yang ku tangkap secara manual, ini yang paling ku sayang. 
Ada satu masa tu, kami kena tangkap gambar model. Aku lupa sudah siapa nama sister yang jadi model kami petang tu. Tapi aku memang mengaku kalau tangkap foto orang ni aku ndak arif.

Sekarang kita beralih sekejap bercerita pasal kelas CMC. Kelas ni kami perlu siapkan dua tugasan besar, satu buat video klip, kedua buat drama radio. Alhamdulillah, dua-dua pun dapat jumlah 'like' terbanyak. Masa ni kami tersangat sibuk mempromosi. Btw, kawan-kawan yang membantu sama ada yang secara langsung mahupun tidak langsung, jazakumullah hu khair kami ucapkan. Best la time ni sebab dapat keluar sekejap dari bumi uia. hahaha. Depressed gila bunyinya.

Aku kalau ditanya mana part yang aku hendak padam dalam diari siswa ku, part di sinilah jawabku. Bila ingat balik scene aku kena pakai macam ibu ibu, ya ampunnn... dan aku juga tidak terlalu kejam untuk padam video kami di laman youtube tu. kenangan ba kan.
Lokasi kedua kami di Putrajaya. Aku tiada scene di sini, adapun siiiikit saja. Jadi bole rilek-rilek suda. Ingat lagi kami 'dihalau' dari satu lokasi tu sebab tiada sebarang rakaman dibenarkan di situ.
Bebalik cerita kelas fotografi, selepas beberapa kelas diconduct di ict, ada satu masa tu kami di minta tangkap gambar di sekitar kawasan uia untuk aktiviti outdoor.

Foto ni Humairak yang snap ndak silap guna Nikon d3200 ni. Humairak ada stail tersendiri tangkap gambar. 

Semester lepas aku ada beli peralatan melukis, tapi tiada satu pun aku siapkan. Sempat lakar ini saja.


Besoknya, aku ada final exam untuk kelas fotografi. Kami bergerak pagi-pagi dari uia menuju ke Putrajaya. Aku saja mahu bagi tengok gambar yang bukan aku hantar untuk final. hahaha.


Gambar ni Aini yang tangkap. Cet. Tengok ba tu tangan. Sungguh tidak professional. Tapi selepas peristiwa ni aku sudah pandai adjust tanganku pegang kamera. Ini part kedua yang aku mahu padam dari diari siswa. haha. 
Sebagai mengakhiri entri kali ni, semester lepas Asdiah datang dua kali di uia. Terima kasih banyak As. Asdiah ni memang kawan yang baik, dialah yang rajin berjalan dan menziarahi kawan-kawan semasa cuti. Aku rasa tiap-tiap sem pun dia bertandang di sini. 
 As dan Chua ketika ni hendak ke TS sebab hendak beli barangan kpop. Tiga2 pun peminat. hahaha. ngam betul.
Time ni kami cuma berdua, si As temankan beli barang sebab aku plan hari tu mahu pi Sul sel ziarah datuk time cuti sem 3 bulan. 
Ba, cukuplah sudah ni. Banyak gambar yang tidak dapat diselamatkan sebab sem lepas aku mengalami konflik sd card yang sering dijangkiti virus. Hopefully sem ini dapat kumpul foto yang 'indah' sebanyak mungkin meskipun aku amat arif kalau aku ini cuma sekadar klik kamera saja. Di mana seninya pun aku tidak tahu. haha.

(update perjalanan mak. 4 pagi bergerak ke Tawau. 11 pagi bersiap-siap menuju Nunukan. Around 1p.m berada di Nunukan. 5 p.m kali terakhir menelefon menyatakan bakal berlayar menuju pelabuhan Pare-pare. Dijangka tiba pada hari Isnin kerana kapal laut Catalia ni mengambil masa 3 malam dan dua hari untuk sampai. Semoga dalam perlindungan Allah. )

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

Petunia berbunga

Assalamu'alaikum dan selamat pagi Hari ini, bunga petunia dari pokok pertama sudah kembang. Aku cuba belek buku catatanku yang sempat aku coret-coret dua minggu pertama aku berkebun. Antara nota aku tulis adalah, petunia suka matahari, paling senang mahu tumbuh, paling cepat 3 hari. Elakkan tanah becak. Petunia ada banyak jenis, tapi yang aku tanam ni baka 'Multiflora Natural Dwarf Multis Mix'. Secara ringkasnya dia jenis renek dan paket ini biji benihnya campur-campur jadi bunganya nanti akan diketahui warnanya apabila sudah kembang. Mulanya aku teruja menanam petunia sebab bunganya yang meriah. Tetapi makin lama aku makin tawar sebab sewaktu ia kecil dulu ia sungguh ketot. Aku balik-balik mengira bilalah ia mahu membesar. Sampaikan aku beralih kasih ke aster. Ya, balik-balik aster aku update sebab aster rajin berdaun dan besar-besar pula saiznya. Seminggu lalu, aku belum perasan lagi pokok petunia ni berbatang. Aku perasan apabila sudah ada 3 kuntum bunga mahu terbent