Langkau ke kandungan utama

#7 Zulkaedah

Assalamualaikum w.b.t.
Pada tahun 2011, aku menempuh pengalaman yang sama, melangkah ke alam mahasiswa. Semuanya terasa seperti mimpi. Tanpa sebarang pengalaman, tiada keluarga yang temani, tempat asing... aku kadang-kadang over, 'aku kah itu?'. Hope. Kerana itu tidak mampu pun aku mampu. Malah, dari jauh aku seakan terdengar sayup teman berkata, 'alhamdulillah,  aku di sini, di sini dan di sini.' Cemburu aku, kawan. Aku juga berharap dapat berkata seperti itu, di saat itu.
Emosi. Tiba-tiba saja aku menangis. Aku tidak dapat mengingat tiap-tiap babak yang ku jalani saat itu, tapi emosi ku reflek. Sakit, takut, kecewa, rindu... ahhh aku tidak mampu sifatkan dengan kata-kata,  kawan. Kalau kamu mengerti perasaan ini dan perasaan saat itu. *menjerit sepenuh hati*
... (ya, menangislah semahumu)
Sejelek apa pun perasaan itu, alhamdulillah, baik adanya sekarang. Inilah hidup. Ironinya variasi. Itu kondisiku tiga tahun lalu.
Aku cuba jejak kondisi adik-adik, tepatnya tiga orang adik yang ku kenali. Mereka tidak merasakan kesakitan seperti ku. Kesakitan mereka mungkin lebih tepat ku sebut sebagai kecewa. Aku tidak tahu kalau aku bisa memahami perasaan mereka itu. Mungkin tidak. Luka yang mengalami mana sama dengan yang cuma mampu bersimpati. *blank*
Cuba fikirkan saat kau kecewa, Laila. *loading*
10%...
20%...
30%...
49%...
'...unsuccessful'
Tidak sampai separuh, aku mengalah. Bukan tiada fail kecewa. Aku klik 'cancel' kerana tiada satu pun selari dengan kecewa mereka. Aku tiada pengalaman itu. Kerana kondisiku tiga tahun lalu lain, mereka kini lain. Ya, Allah, berikan mereka kekuatan, semoga tiada putus asa bagi mereka untuk terus menuntut ilmu.
All the best, dik. Lobo. Ilham. Ana.
Bagi pelajar sepertiku (istilah mahasitua terpancul, memikirkan diri masuk u selepas stpm ditambah sesi celpad setahun) ini pelajaran bermakna. Ibarat main game, separuh level sudah aku lepasi. Cuma kerana kutipan masaku sedikit tertunda aku mengeluh. Terlupa memikirkan di luar sana, ada yang belum beraksi, belum berpeluang memasuki medan pertempuran. Mungkin aplikasi game belum di install kali. Ataupun ada yang download tapi ndak berjaya. Line ndak kuat. Ceh. Analogi ni....*tarik nafas* hahahaha. Faham-faham saja ya.
(Lain halnya pula 'freshmen' umk, saat orang uni lain ber'wow', 'perghh' dengan 'keberuntungan ipad' mereka, mungkin ada juga sebilangan yang menggaru kepala. Aku tidak arif dengan polisi baru mereka, urusan mereka... cuma kasihan kalau ada yang berlatarbelakangkan keluarga sepertiku.)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share

Lirik Lagu:::Permata yang dicari

Assalamualaikum w.b.t.  Salam Maal Hijrah.Azam baru? Rasanya terdapat dalam kalangan anda,mungkin berkongsi azam dengan saya. Permata yang dicari ,saya tersenyum sendiri mendengar lagu ini.Baitnya penuh dengan makna.Rasanya tak perlu dihuraikan,sesiapa sahaja yang mendengarnya pasti dapat 'menangkap' maksud yang disampaikan.Bukan sahaja melodi yang sesuai,malah lagu ini juga mempunyai pakej tersendiri,iaitu bait-bait 'doa' . Hadirnya tanpa kusedari Menggamit kasih cinta bersemi Hadir cinta insan padaku ini Anugerah kurniaan Ilahi Lembut tutur bicaranya Menarik hatiku untuk mendekatinya Kesopanannya memikat di hati Mendamaikan jiwaku yang resah ini Ya Allah Jika dia benar untukku Dekatkanlah hatinya dengan hatiku Jika dia bukan milikku Damaikanlah hatiku Dengan ketentuan-Mu Dialah permata yang dicari Selama ini baru kutemui Tapi ku tak pasti rencana Ilahi Apakah dia kan kumiliki Tidak sekali dinodai nafsu Akan kubatasi dengan syariat-Mu Jika dirin...

Book: Psychology from an Islamic Perspective A Guide to Teaching and Learning

Assalamualaikum dan selamat malam. Ini merupakan percubaan kelima untuk menulis pasca-membaca buku. Sejujurnya aku menghabiskan pembacaanku ini hampir memakan masa selama setahun.  Teman sebelah rumah yang kebetulan biliknya bersebelahan dengan ruang tidurku, menjadi saksi kegilaanku yang adakalanya di tengah lewat malam melontarkan butir perenggan demi perenggan. Aku berusaha, kawan! Aku menghargai tiap helaian yang ada di rak buku itu.  Oleh kerana aku tidak lagi berada di barisan akademik, pastilah aku tidak akan mengulas secara terperinci isi kandungannya. Buku ini diterbitkan oleh IIUM Press, editornya pula Noraini M. Noor.  Terdapat dua bahagian, Part One & Part Two. Suka untuk aku kongsikan, salah satu artikel yang terdapat dalam koleksi ini iaitu, The Islamization of Psychology oleh Malik Badri.  Di bawah subtopik, The "who" of the Islamisation of Western Psychology . Penulis ada menyatakan tentang ciri-ciri yang perlu bagi Pengislamisasi Psikologi. 1. ...