Langkau ke kandungan utama

#seminar_islamic_advertising_1

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, saya berpeluang menghadiri International Seminar on Islamic Advertising 2014, meskipun tidak mengikuti selengkapnya program, tetapi tetap juga saya ingin berkongsikan idea dan pemahaman saya berkenaan seminar ini. Bukan. Bukan begitu. Ia lebih kepada pengalaman saya sendiri. Tidak mencapai ke level 'pembawaan seminar' ini.

Perdana sekali, saya ingin bercerita mengenai advertising di Indonesia. Saya belum pernah mengkaji advertising mereka, tetapi saya punya pengalaman di mana saya berkesempatan dalam jangka masa yang singkat untuk mengkuti perkembangan advertising mereka ketika itu. Lebih tepatnya dalam jangka masa 21 Januari ke 20 Februari pada tahun 2009. Satu bulan? Iya.

Hendak dijadikan cerita, apabila kita sebut Islamic advertising, (saya tidak mampu menerangkan terlebih dahulu termanaloginya) Indonesia bisa dikira sebagai terbelakang sedikit meskipun mencatat statistik bilangan penduduk paling ramai Muslim seantero dunia. Berdasarkan pemerhatian saya semasa berkunjung ke sana, rancangan televisyen mereka sumur hiburan. Masih jelas dalam ingatan saya apabila pagi-pagi tekan remote tv, yang terpampang melulu konsert. Ada sahaja mall yang menjadi destinasi konsert mereka. Dan saya ketika itu sedikit tertarik dengan 'muzik' yang mereka bawakan. Seperti di India, penduduk mereka ramai dan industri hiburan merupakan sumber yang perdana di sana untuk entertain penduduk. Pada pendapat saya, demikian kondisi yang Indonesia alami selaku pendukung kepada penduduk yang ramai, industri hiburan sangat-sangat memberangsangkan.

Kebetulan, pekerja fotokopi semalam merupakan warga seberang, ketika saya datanginya, terpampang di layar pc nya sedang menonton konsert dangdut di youtube. Ini yang cuba saya ketengahkan, terlalu kurang advertisement yang islamik, maka tidak bisa salahkan warga kalau mereka cenderung kepada hiburan jenis begini. Media bukan sahaja penyalur informasi, ia juga bertindak sebagai pendidik kepada masyarakat. Kalau hari-hari dihidang hiburan maka itulah yang menjadi kesukaan. Melulu saya lihat, konsert tersebut diadakan di rungan terbuka sama ada di kawasan luar mall atau lapangan yang bisa memuat audiens. Tanpa kerusi. Campur lelaki perempuan tanpa mengira umur. Makcik-makcik yang bertudung pun ada sambil mengangguk-angguk kepala dan mengerakkan tangannya. Yang sebetulnya, mereka melarang anak-anak datangi konsert.

Kesedaran yang tinggi patut ada bukan sahaja tertuju kepada audiens tetapi penerbit hiburan. Kalau mereka cuma sekadar mengharapkan untung, maka islamic advertising selamanya tidak wujud di Indonesia. Memang benar mereka penuhi permintaan customer tetapi itu sekadar alasan untuk menutup ketamakan mereka. Selaku 'pembekal', 'penyalur' atau 'penyampai' hiburan, mereka sepatutnya menjalankan amanah dengan bertanggungjawab. Lagi-lagi kalau Muslim, sepatutnya mereka tumpukan 'mesej apa ni yang mahu kita berikan kepada umat'. Saya percaya benar kalau media bisa mendidik audiens. Kenapa harus takut pada kerugian?

Kita boleh ambil penerbitan tv al-Hijrah sebagai satu contoh yang baik. Terus-terang, meskipun umur masih muda ketika itu (zaman belasan tahun) saya tidak terfikirkan bahawa akan wujud satu stesen tv yang berlandaskan syariah compliance. Hasilnya kita boleh lihat sekarang, ramai yang follow rancangan stesen tv ni. Sebab tu, pada pendapat saya penerbit patut 'berani mati' untuk wujudkan platform hiburan yang berlandaskan syariah compliance. As a supplier, mereka seharusnya bertindak sebagai 'penerbit'+'rakyat'+'khalifah'. Bukan sekadar penerbit yang tahu aim untung sahaja. Analoginya, kalau ajaran sesat yang jelas-jelas kesesatannya tu ada juga pengikutnya, inikan pula perkara yang baik. Usah risau, Allah is watching from up there! He knows everything! Kalau tidak dapat untung di dunia, akhirat menanti. Tiada sekecil kebaikan tidak dibalas pahala. Inikan pula mengajak orang ramai ke arah kebaikan, berganda-ganda ganjarannya. InsyaAllah.

It's all about 'strong spirit of Jihad'.

Another thing is kita patut hapuskan istilah 'idol' terhadap selebriti. Agak ekstrim ya. Begini, kita ketengahkan hiburan kerana kita mahu sampaikan 'mesej'. Zaman telah berubah, seiring dengan waktu, hiburan sinonim dengan idol, selebriti...sampaikan tujuan asalnya tersasar. In Islam, 'advertising' pertama adalah azan. Saya setuju sekali dengan pendapat Prof Abu Bakar. See, advertising tersebut (azan) mengajak kepada kejayaan. Mesej. Itu goal yang first sekali datang kalau kita sebut pasal advertisement. No, semuanya. Yang kita sebut sebagai hiburan. Do you get what I'm trying to say?

Ada banyak benda yang saya hendak bicarakan. Tapi keterbatasan ilmu dan masa, saya berhenti di sini dahulu.
p/s: orang bugis dulu-dulu entertainment mereka adalah kecapi. setuju?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

Petunia berbunga

Assalamu'alaikum dan selamat pagi Hari ini, bunga petunia dari pokok pertama sudah kembang. Aku cuba belek buku catatanku yang sempat aku coret-coret dua minggu pertama aku berkebun. Antara nota aku tulis adalah, petunia suka matahari, paling senang mahu tumbuh, paling cepat 3 hari. Elakkan tanah becak. Petunia ada banyak jenis, tapi yang aku tanam ni baka 'Multiflora Natural Dwarf Multis Mix'. Secara ringkasnya dia jenis renek dan paket ini biji benihnya campur-campur jadi bunganya nanti akan diketahui warnanya apabila sudah kembang. Mulanya aku teruja menanam petunia sebab bunganya yang meriah. Tetapi makin lama aku makin tawar sebab sewaktu ia kecil dulu ia sungguh ketot. Aku balik-balik mengira bilalah ia mahu membesar. Sampaikan aku beralih kasih ke aster. Ya, balik-balik aster aku update sebab aster rajin berdaun dan besar-besar pula saiznya. Seminggu lalu, aku belum perasan lagi pokok petunia ni berbatang. Aku perasan apabila sudah ada 3 kuntum bunga mahu terbent