Jumaat, 25 November 2011

Perjuangan dalam perjalanan...


Assalamualaikum w.b.t.
Teman,bagaimana perjalanan hidupmu hari ini?
Aku?Bagaimana hendak ku ungkapkan andai aku sendiri kurang mengerti sejauh mana aku telah hilang arah. Hendak berpatah balik mencari jalan yang benar.Doakan aku ya teman!

Terkadang aku sendiri kurang mengerti,apa sebenarnya yang terbuku di sudut hatiku. Apa yang tertanam di kotak fikiranku.
Penderitaan.Ya,aku menderita teman.Cuba untuk mencari penawar kepada pasang surut imanku. Ku kira berada di tengah-tengah ‘masyarakat’ islamik ini mampu untuk mengajarku mengenal erti kehidupan sebenar.Hakikatnya ia berputar balik pada ‘soal hati’.Hendak follow atau hendak mengabaikan.

Teman,
Pernahkah hatimu dipalu penyesalan?Seperti aku ini.Setelah puas menangis,sekejap saja,sedetik begitu,aku lalai lagi.oooh,sungguh sukar menetapkan yang ‘baik’ untuk bersarang di kamar hati.
Ya ALLAH,
Berikan aku secebis keinsafan.Bukan kerana SYURGA atau NERAKA,tetapi keranaMu.
Ya ALLAH,
Permudahkan hatiku untuk mendekatiMU.
Aku yakin langkah yang ku atur ini,merupakan langkah yang bakal membuahkan hasil ABADI.
#tetapkanlah hati-hati kami ini menuju mu Ya ALLAH#

2 ulasan:

  1. teruskan perjuanganmu ukhti .

    jangan mudah lelah !

    ;)

    BalasPadam
  2. jazakillah hu khairan ukhty..

    Tolong tunjukkan ana mana jalan menujuNya..

    ;)

    BalasPadam