Langkau ke kandungan utama

Terlerai sudah kegusaran..^_^

Assalamualaikum w.b.t. ^_^
Alhamdulillah,akhirnya tanggungjawab saya untuk membentangkan kajian sudah terlaksana. Terasa 'ringannya' bahu ini.hehehe.Masa ditumpukan untuk assigment pula.
Tapi ada lagi yang lebih 'dahsyat' yang bakal berlaku minggu ni.Mid Term English.huhu.So,start malam ni,kena banyakkan ulangkaji English.Bukan kaji FB. LOL.
ooo ya,tadi,kumpulan Abang Fazarul dan abang Faiz (maafkan saya sekiranya salah taip nama) memang best.Maksud saya,kajian mereka memang best.Sebenarnya kajian kitorang pun best juga tetapi kekurangan bahan kot.Lagipun takda Sorotan kajian yang berkaitan.huhu.Berbalik pada cerita pembentangan,rasanya da guna bahasa Melayu sepenuhnya da tadi.hehehe.Jangan jeles,kita orang Sabah memang guna bahasa baku bah.No problem la untuk menyebut perkataan Melayu baku.Alhamdulillah.
Ok,kita tinggalkan cerita mengenai pembentangan tu,beralih pada cerita yang da 'muak' da aku dengar/tengok/sebut. hehehe. Apakah? Rahsia.:P
Apa yang dapat aku simpulkan,kalau da jumpa yang berkenan di hati,baik terus kahwin.lol.but seriously, tak payahlah kita nak 'buat cerita' atau jadi bahan 'cerita' dan paling utama carilah jalan yang halal untuk semua keadaan.whatever.
Sebab tu,aku tak 'reti' nak cari U.J.A.N.A. H.A.T.I. sekarang coz InsyaALLAH,kalau da jumpa baik terus kahwin.Tapi tu semua hanya perancangan,ALLAH yang tentukan.
Nak selitkan juga,efek 'couple-couple' ni,membuatkan insan lain yang sepi-sepi,teringin juga ada 'kawan'.LOL.Tapi bukan aku lah.Jadilah insan yang menjadi contoh baik kepada insan lain. Walaupun kita ni bukanlah baik sangat,tetapi sedaya upaya untuk mencari & mencapai kebaikan.Apalagi yang hendak kita kejarkan di dunia ini melainkan kebaikan yang ABADI?
Sebagai penutup post kali ini,suka untuk saya turut sertakan,hakikatnya,bahasa Melayu itu satu,walaupun pelbagai versi("Sabahan,Sarawakian,Kelantan,Ganu,Nogori dan banyak lagi versi")anda tetap bercakap Melayu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rindu karya Tere Liye

Assalamu'alaikum w.b.t. Seperti entri yang sebelumnya, kalo soal buku, aku tidak bertujuan menceritakan sinopsis. Ia lebih kepada elemen-elemen yang berkaitan dengan opini (bukan kritik) atau kadang bersifat personal, yang terkait dengan hidupku. hahahahaha. Apa-apa la. Melewati usia dua puluh-an aku tidak pernah beli novel berbahasa Melayu. Ini merupakan buku fiction pertama yang ku beli karya dari seberang. Saat ku lihat judul novel ini, Rindu, aku seperti terpanggil untuk mengetahui sinopsisnya. Ternyata latar yang diambil adalah Makassar! Itu merupakan sebab perdana aku beli buku ini. hahahahaha.  Selepas buku Hamka, Tenggelamnya kapal van der wijck, seingat aku tiada buku berlatarbelakangkan Makassar yang ku baca. Keterujaannya itu lain sekali. Dan semuanya terkait perihal "laut" & "kapal". Meski jurai keturunanku merupakan Bugis "daratan" yang tinggal di gunung, aku selalu menyanjung mereka yang tinggalnya di laut. Keberanian mere...

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i...

Book: Psychology from an Islamic Perspective A Guide to Teaching and Learning

Assalamualaikum dan selamat malam. Ini merupakan percubaan kelima untuk menulis pasca-membaca buku. Sejujurnya aku menghabiskan pembacaanku ini hampir memakan masa selama setahun.  Teman sebelah rumah yang kebetulan biliknya bersebelahan dengan ruang tidurku, menjadi saksi kegilaanku yang adakalanya di tengah lewat malam melontarkan butir perenggan demi perenggan. Aku berusaha, kawan! Aku menghargai tiap helaian yang ada di rak buku itu.  Oleh kerana aku tidak lagi berada di barisan akademik, pastilah aku tidak akan mengulas secara terperinci isi kandungannya. Buku ini diterbitkan oleh IIUM Press, editornya pula Noraini M. Noor.  Terdapat dua bahagian, Part One & Part Two. Suka untuk aku kongsikan, salah satu artikel yang terdapat dalam koleksi ini iaitu, The Islamization of Psychology oleh Malik Badri.  Di bawah subtopik, The "who" of the Islamisation of Western Psychology . Penulis ada menyatakan tentang ciri-ciri yang perlu bagi Pengislamisasi Psikologi. 1. ...