Rabu, 5 Julai 2017

Bunga berbunga

Assalamu'alaikum dan selamat pagi

Pasal bunga lagi. Hari tu aku update pasal pokok petunia pertama berbunga. Kelmarin pula, pokok kedua berbunga dan bunganya berwarna ungu gelap.

Bunga impatiens belum lagi mekar kelmarin. Pagi ini baru ia mekar. Jadi aku buat entry ni satu kali.

Sekarang ini musim hujan. Pokok tomato banyak yang rebah dan aku berfikir perlu buat tali penyokong.

Aster belum berbatang lagi. Daunnya makin lebat dan besar.

Petunia kuntumnya lecun. Harap-haraplah ndak buruk nanti.

Mungkin lepas ini akan lama lagi baru update pasal tanam-tanaman.

(Gambar 1; pokok petunia 2, gambar 2: pokok impatiens, gambar 3: pokok bunga mak yang aku potong)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan