Langkau ke kandungan utama

Sungai

Jalani hidup seperti aliran sungai. Tersekat pun ia pasti mencari alternatif lain untuk terus mengalir.

Batuan besar, sekumpulan pasir, pokok tumbang... namakan saja halangannya, dicelah lantai bumi akan ia tembusi.

Apabila berhadapan dengan ujian, jangan pernah berputus harap. Melalui satu demi satu hari dengan azam untuk memperbaiki diri. Jahatnya kita hari ini usah diungkit dan dicela ke hari besok kerana kita menuju destinasi ke depan bersama impian pengakhiran yang baik-baik.

Tetapi, kadang-kadang aliran sungai kita terlalu deras. Saat berdepan dengan lebatnya hujan yang adakalanya memakan masa berhari-hari, kita gagal mengawal arah. Pernahkah kita berfikir kalau-kalau arus kita mungkin berjaya membawa kita ke tujuan tetapi dalam masa yang sama memusnahkan hidupan lain?

Berapa banyak hidup sudah kita sakiti?

Menuju destinasi itu adakalanya keliru. Ibarat aliran sungai, ia mengalir panjang dari satu saliran kecil di celah-celah hidupan kemudian bergabung di sungai utama. Arusnya kemudian ke muara yang nantinya bertemu air masin.

Hidupnya diteruskan supaya ketemu laut?

Lalu ia pun berkata, 'sudah beribu batu aku lalui, ternyata perjalananku terhenti di sini. Dahulu aku disapa kerna keteguhanku untuk terus mengalir. Halangan itu lumrahku sampaikan aku lupa untuk menyinggah ke akar pohon yang sentiasa perlukan pertolonganku untuk terus hidup.'

Katanya lagi, 'aku mahu berpatah balik tetapi tidak boleh'.

Selepas itu, aliran tidak pernah berhenti arus dan tiada satu titis pun dapat pulang selepas menyedari bahawa pengakhiran tiada makna tanpa nilai perjalanannya.

Berapa banyak panggilan ditulikannya?

Arus sungai mengajar kita bahawa air yang tersekat laluannya dapat terus mengalir dengan mencipta laluan baru. Tetapi harus diingat bahawa air yang mengalir juga tidak mungkin dapat berpatah balik ke hulu. Yang berlalu akan terus berlalu.

Ketika itu, saat pokok tumbang menyekat laluan arus, berapa banyak pula yang tumbang kerana arus?

Arus deras atau lesu ia akan terus menuju ke depan, mengundur ia tiada mampu.

Setianya tebing pun disiakan air. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share

Lirik Lagu:::Permata yang dicari

Assalamualaikum w.b.t.  Salam Maal Hijrah.Azam baru? Rasanya terdapat dalam kalangan anda,mungkin berkongsi azam dengan saya. Permata yang dicari ,saya tersenyum sendiri mendengar lagu ini.Baitnya penuh dengan makna.Rasanya tak perlu dihuraikan,sesiapa sahaja yang mendengarnya pasti dapat 'menangkap' maksud yang disampaikan.Bukan sahaja melodi yang sesuai,malah lagu ini juga mempunyai pakej tersendiri,iaitu bait-bait 'doa' . Hadirnya tanpa kusedari Menggamit kasih cinta bersemi Hadir cinta insan padaku ini Anugerah kurniaan Ilahi Lembut tutur bicaranya Menarik hatiku untuk mendekatinya Kesopanannya memikat di hati Mendamaikan jiwaku yang resah ini Ya Allah Jika dia benar untukku Dekatkanlah hatinya dengan hatiku Jika dia bukan milikku Damaikanlah hatiku Dengan ketentuan-Mu Dialah permata yang dicari Selama ini baru kutemui Tapi ku tak pasti rencana Ilahi Apakah dia kan kumiliki Tidak sekali dinodai nafsu Akan kubatasi dengan syariat-Mu Jika dirin...

Book: Psychology from an Islamic Perspective A Guide to Teaching and Learning

Assalamualaikum dan selamat malam. Ini merupakan percubaan kelima untuk menulis pasca-membaca buku. Sejujurnya aku menghabiskan pembacaanku ini hampir memakan masa selama setahun.  Teman sebelah rumah yang kebetulan biliknya bersebelahan dengan ruang tidurku, menjadi saksi kegilaanku yang adakalanya di tengah lewat malam melontarkan butir perenggan demi perenggan. Aku berusaha, kawan! Aku menghargai tiap helaian yang ada di rak buku itu.  Oleh kerana aku tidak lagi berada di barisan akademik, pastilah aku tidak akan mengulas secara terperinci isi kandungannya. Buku ini diterbitkan oleh IIUM Press, editornya pula Noraini M. Noor.  Terdapat dua bahagian, Part One & Part Two. Suka untuk aku kongsikan, salah satu artikel yang terdapat dalam koleksi ini iaitu, The Islamization of Psychology oleh Malik Badri.  Di bawah subtopik, The "who" of the Islamisation of Western Psychology . Penulis ada menyatakan tentang ciri-ciri yang perlu bagi Pengislamisasi Psikologi. 1. ...